Artikel Terkini

Bagi pihak Singapura, saya mohon maaf – Datuk Aaron Aziz

Bagi pihak Singapura, saya mohon maaf – Datuk Aaron Aziz
Bagi pihak Singapura, saya mohon maaf – Datuk Aaron Aziz 1

PETALING JAYA – Aktor kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz memohon orang ramai terutamanya peminat pelakon Kamal Adli supaya tidak menyimpan rasa dendam terhadap mana-mana artis dari negara tambak itu yang mencari rezeki di Malaysia termasuk dirinya.

Perkara tersebut diluahkan Aaron berhubung kejadian serangan berdarah yang menimpa suami kepada Uqasha Senrose itu, kelmarin.

Ujar Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, dia tiada niat untuk masuk campur berhubung kejadian yang menimpa Kamal, tetapi sekadar mahu menasihati masyarakat supaya tidak bertindak melulu untuk membalas dendam atas apa yang telah berlaku.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan Aaron dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 47 tahun itu mewakili suspek turut memohon maaf atas kecederaan yang dialami Kamal dan berharap agar hubungan antara Malaysia dan Singapura tidak dikeruhkan dengan insiden berdarah tersebut.

“Bagi pihak Singapura, saya minta maaf. Saya doakan agar Uqasha sabar dan tabah. Walaupun saya tidak begitu rapat dengan Kamal, dia seorang lelaki yang baik. Saya turut berasa sedih dengan apa yang berlaku.

“Saya bukan nak pandai-pandai tunjuk hebat. Cuma saya berharap semua dapat bersabar dan jangan ada menyimpan rasa dendam,” katanya.

Kata pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu lagi, dia bimbang jika ada pihak mahu membalas dendam ke atas artis dari Singapura termasuk dirinya, sekali gus mengeruhkan lagi hubungan antara kedua-dua buah negara.

Justeru, Aaron meminta mereka yang mempunyai niat sebegitu supaya berfikir panjang dan tidak bertindak melulu dengan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri sendiri pada masa akan datang.

“Ramai artis dari Singapura bermastautin di Malaysia. Saya cuma mahu minta semua kawan-kawan di sini, tolong jangan marah-marah dan simpan rasa dendam terhadap artis Singapura.

See also  “Saya Cuba Selamatkan Tapi..” – Bapa Bayi Lemas ‘Bersuara’, Cerita Kejadian Sebenar

“Mungkin ada peminat Kamal Adli mahu membalas dendam. Fikirkanlah hukuman yang bakal kamu dapat jika ditangkap. Lagi susah nanti.

“Saya tidak mahu ada perselisihan faham antara kedua-dua buah negara. Kita semua doakan yang terbaik untuk Kamal dan Uqasha. Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2010 itu turut berkongsi nasihat dan kata-kata semangat buat Uqasha supaya tabah dan memperbanyakkan doa untuk kesembuhan suaminya.

Kata Aaron, dia faham dan dapat merasai trauma yang dilalui Uqasha dan mahu membantu pelakon itu supaya keselamatannya terjaga sepanjang berada di Singapura.

“Untuk Uqasha, berdoalah banyak-banyak, buat solat sunat tahajjud untuk minta perlindungan daripada Allah SWT.

“Alhamdulillah, sudah ada orang menjaga Uqasha di sana setiap masa. Menemaninya ke mana sahaja termasuk ke hospital. Semoga Uqasha dan keluarganya dilindungi,” kata Aaron yang turut berkongsi sepotong doa untuk diamalkan sebagai perlindungan setiap kali keluar rumah.

Dalam video tersebut, Aaron sekali lagi meminta agar orang ramai supaya tidak cepat menjatuhkan hukum termasuk dirinya atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

“Jangan sebab seorang warga Singapura buat silap, kita menghukum semua orang. Saya sayang industri di Malaysia dan Singapura.

“Saya cuma jadi orang tengah supaya kita tidak bergaduh. Saya pun sedih apa yang berlaku ke atas Kamal. Saya tidak mahu salahkan sesiapa, benda dah pun berlaku. Ini semua Allah sudah takdirkan,” jelasnya.

Terdahulu, Kamal dikejarkan ke sebuah hospital di Singapura selepas mengalami kecederaan parah pada kepala akibat dipukul seorang individu tidak dikenali dengan senjata tajam dan chota besi.

Ujar Uqasha, suaminya dipukul berkali-kali pada bahagian kepala, muka dan badan sehingga perlu menjalani pembedahan major kerana kecederaan serius yang dialaminya.

See also  Dijual RM10 Juta Lebih Rendah, Kondominium Lokasi Pelakon Ambil Nyawa Sendiri Dibuka Untuk Jualan

Difahamkan suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 33 tahun telah ditahan dalam kejadian yang berlaku di acara Singapore Expo di Kota Singa itu. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

Bagi pihak Singapura, saya mohon maaf – Datuk Aaron Aziz 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo