Artikel Terkini

Restoran ternama pun berminat sertai menu Rahmah

Restoran ternama pun berminat sertai menu Rahmah
Restoran ternama pun berminat sertai menu Rahmah
Restoran ternama pun berminat sertai menu Rahmah 1

KUALA LUMPUR – Lebih 1,300 premis direkodkan menyertai inisiatif menu Rahmah dan dijangka jumlah itu akan bertambah dalam masa terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata,  jumlah itu sekali gus menafikan suara-suara yang tidak yakin dengan kejayaan insiatif yang sudah sebulan dilancarkan.

“Setakat petang ini kita ada 1,142 outlet yang terlibat dalam inisiatif Rahmah, tidak termasuk 182 outlet Oldtown White Coffee, esok Mcdonald’s, Marrybrown, Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut dan yang terbaharu adalah Texas Chicken menyertai menu Rahmah.

“Hari demi hari syarikat-syarikat yang ternama menunjukkan minat dan bersedia untuk menawarkan menu Rahmah.

“Saya rasa rakyatlah menjadi pemenangnya apabila lebih ramai lagi pemain-pemain industri ini yang menawarkan menu Rahmah ini secara sukarela,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Menu Rahmah Oldtown White Coffee di Laman Niaga Sri Rampai, di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2023 03 07 at 6.56.20 PM 1 e1678188891622
Salahuddin Ayub bercakap dalam sidang media Majlis Pelancaran Menu Rahmah Oldtown White Coffee di Laman Niaga Sri Rampai, hari ini.

 

Tambah Salahuddin, pihaknya sedia menerima kritikan atau cabaran serta akan mengambil semua teguran secara terbuka dalam memastikan menu Rahmah di bawah KPDN dapat diteruskan pada satu jangka masa yang munasabah.

“Saya percaya KPDN tidak boleh bertindak sendirian, kita perlukan kolaborasi, persefahaman, kerjasama yang lebih erat bersama kementerian yang lain dalam  memastikan (penurunan) kos sara hidup akan dapat dilaksanakan,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, KPDN akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh dan memastkan di seluruh negara mempunyai lebih banyak premis yang memperkenalkan menu Rahmah,.

Katanya, keberkesanan inisiatif menu Rahmah itu akan nilai oleh rakyat yang membuat penilaian kerana inisiatif itu dibuat secara sukarela dan untuk rakyat.

“Semua premis dan syarikat yang menyertai usaha murni ini adalah secara sukarela. Ada di antara mereka telah membuat kenyataan mereka dapat menambah pendapatan walaupun hanya (berharga) RM5 ke bawah kerana pelanggan juga bertambah.

See also  Kami hanya patuh arahan Jakim, kedai bakeri perjelas isu tular kek Krismas

“Itu adalah satu jawapan yang membuktikan bahawa menu Rahmah ini bukan sekadar memberikan servis kepada rakyat tetapi (juga kepada) penjual, gerai dan warung. – MalaysiaGazette

 

Restoran ternama pun berminat sertai menu Rahmah 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo