Artikel Terkini

Ringgit ditutup tinggi sedikit

Ringgit ditutup tinggi sedikit
Ringgit ditutup tinggi sedikit 1

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan minat belian yang diperbaharui di tengah-tengah permintaan yang menurun untuk dolar AS berikutan hasil Perbendaharaan AS yang lebih lemah, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat sedikit kepada 4.4760/4800 berbanding dolar AS 4.4765/4780 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata terdapat beberapa spekulasi negatif terhadap ringgit telah berakhir.

“Data AS alternatif hingga Februari menunjukkan bahawa pemulihan pembuatan dan perumahan mungkin sudah berakhir.

“Oleh itu, hasil Perbendaharaan AS terus merosot minggu lalu berikutan jangkaan data ekonomi AS Februari kembali rendah,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelabur berhati-hati kerana kebimbangan terhadap Rizab Persekutuan (Fed) AS yang cenderung menaikkan kadar faedah akan terus menentukan hala tuju pasaran.

“Nampaknya pendirian itu akan berterusan dan ini akan menyokong dolar AS,” katanya.

Beliau berkata data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS pada hari Jumaat dan mesyuarat jawatankuasa dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) Khamis adalah antara perkara penting minggu ini.

Beliau menjangkakan BNM mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR). Mohd Afzanizam berkata pelabur juga akan memantau dengan teliti mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS yang akan datang dari 21 Mac hingga 22 Mac.

Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. Mata wang tempatan itu merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2895/2927 daripada 3.2877/2890 ketika ditutup pada Jumaat, menurun berbanding pound Britain kepada 5.3842/3890 daripada 5.3642/3660 sebelumnya, dan susut berbanding euro daripada 4.74875/4.758 /7503.

Sementara itu, ringgit juga kebanyakannya diniagakan lebih rendah berbanding beberapa mata wang Asean.

See also  Simpanan median ahli bumiputera meningkat kepada RM8,254 pada 2023

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3259/3294 daripada 3.3255/3269 pada akhir minggu lepas, merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9626/9810 daripada 12.8998/9105, turun berbanding rupiah Indonesia kepada 292.50/293.0 daripada 292.30/292.60.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.16/8.17. – BERNAMA

 

Ringgit ditutup tinggi sedikit 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo