Artikel Terkini

Zalim tak bila kerajaan PN tak beri peruntukan? Mari bincang, Anwar jawab pembangkang

Zalim tak bila kerajaan PN tak beri peruntukan? Mari bincang, Anwar jawab pembangkang
Zalim tak bila kerajaan PN tak beri peruntukan? Mari bincang, Anwar jawab pembangkang 1

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata projek di kampung-kampung masih berjalan manakala bantuan untuk rakyat diberi terus kepada yang memerlukan.

Zalim tak bila kerajaan PN tak beri peruntukan? Mari bincang, Anwar jawab pembangkang
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyanggah tuduhan pentadbirannya berlaku zalim.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru Perikatan Nasional berbincang dengan pemerintah berhubung isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, sambil menolak anggapan bahawa projek kerajaan dan bantuan untuk rakyat tergendala.

Beliau menyanggah tuduhan bahawa pentadbirannya berlaku zalim, sedangkan projek di kampung-kampung masih berjalan manakala bantuan untuk rakyat diberi terus kepada yang memerlukan selepas diselaras dengan kerajaan negeri.

Sebaliknya, Anwar mahu PN merenung kembali pemberian kepada wakil-wakil rakyat pembangkang di negeri yang ditadbir gabungan itu.

“Kalau dia kata zalim (bila) orang tak beri (kepada wakil rakyat pembangkang), dia tak beri di negeri-negeri dia kategori macam mana?” katanya kepada pemberita, seusai suatu majlis di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

“Jadi kita kata bincang dulu. Tiada masalah (nak bincang) dan bukan tak bagi (projek dan bantuan).”

Anwar menambah meskipun peruntukan tidak diberi kepada Ahli Parlimen, bantuan untuk rakyat tetap disampaikan dan projek di kawasan mereka diteruskan.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat PN mengkritik Belanjawan 2023 baharu kerana didakwa tidak menyediakan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menepis kritikan PN, mengingatkan bahawa hanya pentadbiran Ismail Sabri Yaakob memberikan peruntukan sama rata kepada pembangkang, selepas pemerintah dan PH memeterai perjanjian persefahaman untuk memupuk kestabilan.

Sementara itu, Anwar turut mengulas cadangan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin supaya bantuan bencana banjir kepada Johor ditambah, daripada RM50 juta kepada RM100 juta.

“Kita beri (RM50 juta) dahulu, lagipun tak ada komisyen, jadi terus kepada mangsa,” katanya, dan menambah bantuan sudah hampir cecah RM1 bilion termasuk tebatan banjir.

See also  Bersahabatlah dengan cermin - Misha Omar

Terdahulu, Muhyiddin di Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan memberikan sekurang-kurangnya RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen bagi membolehkan mereka menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan masing-masing.

Zalim tak bila kerajaan PN tak beri peruntukan? Mari bincang, Anwar jawab pembangkang 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo